Thursday, April 2, 2009

sama2 kita ambik ikhtibar

comment from anon...

Assalammualaikum
Saya percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT untuk menguji umatnya. Setiap dari kita diuji dengan ujian yang berbeza-beza, ada yang diuji dengan wang ringgit, ada yang diuji dengan sikap yang buruk dan ada yang diuji dengan kejahilan. Dek kejahilan la kita alpa dan banyak melakukan kesilapan, kesilapan dan kesilapan. Tiada siapa pun di atas muka bumi ini yang tidak melakukan kesilapan. Itu la manusia..tiada yang sempurna. Hanya Allah SWT yang maha sempurna.

Orang yang bijak tidak akan menyalahkan orang lain di atas kesalahan yang pernah dilakukan dek kejahilannya. Orang yang bijak tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu. Orang yang bijak redho dengan ujian Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri. Orang yang bijak juga akan mengakui kesilapannya dan memohon ampun sesama manusia dan bertaubat dengan hati yang jujur dan ikhlas kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan keampunan dan melimpahkan rahmat dan barakahnya kepada kita semua, insan yang lemah lagi tidak sempurna.

Marilah kita semua berusaha untuk memperbaiki diri sendiri untuk tidak terus dibelenggu dengan kejahilan. Marilah kita semua lupakan apa yang telah berlalu, ia tidak dapat diubah lagi dan biarkan ia menjadi sejarah hitam dalam kehidupan kita. Marilah kita semua terus memandang kehadapan dengan tekad yang jitu untuk memperbaiki diri menjadi insan yang diredhoi Allah SWT.
Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

xpyah nk belagak alim la....bg ayat2 mcm 2....setakat ckp smua orng boleh buat

iloveme said...

AMIN.....ado yang mengingatkan.... baca dan ingatlah kenyataan muhadielah..... jgn la riak sgt....

Anonymous said...

salah eja name mak la nok!!mak riak mak ade mintak duit ko ke nok??

Anonymous said...

alhamdulillah... tapi, kalau dah diingatkan byk2 kali mcm ni pun tetap korang lantun mcm bola ping pong takde maknenyer gak kan? hahaha kalau ade yg mengingatkan tu, bawa2 lah berubah yeh pondan! tau semayang taubat cemane tak? nak saye ajar niat tak? kalau nak jgn memalu oke! mintak saje...

-PPP-